Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:
1.Suka minum susu.
Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein,
kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk
membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan
penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita
semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.
Kekurangan kalsium mengundang osteoporosis. Zat-zat lain yang terdapat
dalam susu ialah fosforus, magnesium, potassium, Vitamin B2(riboflavin)
dan Vitamin D.
2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan
bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh
saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions)
sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika
kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas
biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan
usus rosak dengan teruk.
3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman
nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh
menyebabkan gastrik.
4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat
bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk
kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang
berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan
rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.
5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.
Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak
sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi
serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi,
secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak
akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..
6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:
Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.
Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia
kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis
antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem
pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis
dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.
7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses
kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang
mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol.
Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan
50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga
dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk
kepentingan kesihatan manusia.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,
Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua
hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka
memakan tamar.
8. Buah tamar
Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW,
ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai
khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang
tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang
terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan
sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga.
Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat,
protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi
hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah
meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun
itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang
dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan
orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,
Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang
ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan
kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.
9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.
Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai
mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi
antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai
penyakit terutamanya kanser.
10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.
Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping
itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang
kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang
diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot,
tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air,
maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah
yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada
kesihatan tubuh badan.
11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.
Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu
setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan
gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk
kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi
untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan
keradangan.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda
(kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan–(An-Nahl: 68-69)
12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan
kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal
ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin
mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.
Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi
menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun
setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan
serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air
sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga
yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian
wajah dan awek muda.
13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.
Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti
sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3
daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya
dengan ruang kosong (udara).
14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.
16. Rasulullah SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garpu ataupun chopstick.
No comments:
Post a Comment